Wednesday, June 25, 2008

Abang dan Kakak Ipar

Yang ni gambar Abang ngan Kakak Ipar aku, amacam romantik tak diorang? Ni gambar masa kat kampung time raya tempohari jadi tak ketinggalan aku masukkan sekalai kat dalam ni.

Sekali tengok macam Datuk ngan Datin. Kat sini tak keterlaluan kalau aku katakan bahawa Abang aku ni lah yang banyak mengubah kehidupan keluarga kitorang, walaupun kadang-kadang aku ngan dia tak sehaluan dan bertelagah dalam beberapa hal tapi aku memang respek kat dia. Aku sendiripun kalau tak kerana dia yang tolong mungkin aku sekarang masih terumbang ambing tak ada haluan. Anyway aku respek la sama dia.

Sekarang ni dia dah berjaya membina empayar dia sendiri walaupun dia merantau pada usia muda dengan tangan kosong dan berbekalkan semangat sebab keluarga kitorang dulu memang susah, tapi berkat ketekunan dan kesabaran dia maka dia berjaya dengan apa yang dia ada sekarang ni.

Kakak Ipar aku ni memang cun masa dia muda dulu tapi sekarang lagi cun, bak kate orang Perak Makin tue makin lawo. Kadang-kadang mulut dia memang laser sikit tapi biasa le orang pompuan. Kak wa caya sama lu.

No comments: