Saturday, May 3, 2008

Ladang Lebah.


Gambar ni di ambil masa pergi berjalan, jalan kat Cameron Highlands, best jugak le tempat ni, nak kata sejuk tak le sejuk sangat, tapi kalau dok lama-lama memang kena pakai baju sejuk.

Patung lebah yang kiut kat belakang tu adalah trade mark untuk lebah yang diorang biak kat ladang ni. Masa mula-mula masuk seram juga takut lebah yang ada kat dalam ladang ni datang menyerang, maklumlah dari dulu kita tahu bahawa sengat lebah ni memang berbisa. Tapi bila dah melangkah kaki masuk ke dalam rasa seronok pula.


Tapi aku cadangkan kalau nak datang sini kena pesan kat anak-anak supaya jangan cuba usik lebah kat sini takut kena sengat. Lagi satu aku nak highlights kan yang tempat ni kalau nak masuk tak kena bayar, cuma masa nak masuk tu hormat sikit kat owner dia yang jaga kat pintu depan, bukannya ape kalau nak masuk rumah orang kenalah bagi salam dulu baru nampak sopan.

Lagi satu nak ingatkan kawan-kawan, kat pintu masuk diorang ade jual madu lebah dalam botol, memang pure punya, harga dia aku tak ingat tapi tak mahal lebih kurang RM 40-RM50 je sebotol, kalau nak try boleh beli satu bawak balik.

Memang tak sah le kalau tak singgah kat sini kalau datang Cameron Highlands.

No comments: