Saturday, June 28, 2008

Arwah Mak Sedara

Ini lah gambar arwah Wak, Mak Sedara aku yang Sulung. Dia dah meninggalkan kami pada tahun lepas, dia pergi untuk mengadap Illahi.

Sedih kami semua pada masa tu, tapi nak buat macam mana, janji dia dengan Allah dah sampai maka kami semu redha menerimanya walaupun berat.

Pesan aku pada korang semua, hargailah orang tua kita semasa dia masih ada, kalau dah tak ada sesalpun tak ada gunanya.

Walau duit setinggi gunung sekalipun tidak akan dapat membeli kasih sayang yang dicurahkan kepada kita. Aku telah mendapat iktibar dari segala yang berlaku ini, dan untuk itu aku mengajak korang semua untuk menghargai orang tua kita dan jangan sesekali kita menyakiti hati dia.

Semoga kita semua sedekahkan Al-Fatihah untuk Arwah. Semoga rohnya tenang dan aman dan beada bersama dengan orang yang di redhai Allah.

Amin.

1 comment:

mohad said...

salam...apa khabar...