Thursday, March 19, 2009

Asal usul nama Bachok

Bachok merupakan sebuah pekan yang terletak kira-kira 35 km dari Kota Bharu. Tempat ini lebih dikenali sebagai perkampungan nelayan. Pada masa dahulu ramai orang Siam berhijrah ke Bachok untuk memulakan penghidupan baru sebagai nelayan. Menurut cerita orang tempatan, nama Bachok berasal dari dua perkataan Siam iaitu bang dan choh. Bang bererti perkampungan dan Choh pula adalah jala/jaring untuk menangkap ikan. Orang Siam menggelar tempat ini sebagai Bangchoh kerana mata pencarian penduduk bertumpu kepada menangkap ikan. Sebutan Bangchoh akhirnya bertukar menjadi Bachok mengikut loghat Kelantan.
Sumber :

Mohd Roselan Abdul Malik, (1993). Salasilah nama tempat : Negeri Kelantan Darul Naim. Petaling Jaya : Penerbit Prisma Sdn Bhd

Durai, S. Raja, Singam, (1957). A study of Malayan Place names. Singapore : Kwok Yoke Weng & Co.

No comments: