Assalamualaikum dan selamat datang saya ucapkan kepada anda yang sudi melayari blog saya. Banyak artikel yang ada di sini di copy-paste, tetapi saya bukan bertujuan untuk mencuri idea sesiapa. Cuma saya ingin berkongsi maklumat ini dengan mana-mana pembaca yang belum lagi membaca artikel tersebut. Apapun terima kasih kepada mereka yang telah menyumbang artikel dan memberikan idea kepada saya untuk dimuatkan ke dalam blog saya ini. Selamat membaca.
Thursday, March 19, 2009
Asal usul nama Lukut
Lukut terletak di Mukim Port Dickson, Negeri Sembilan. Ia meliputi Kuala Lukut, Lukut, Lukut Kechil dan Ulu Sungai Lukut Kechil. Lukut mula menjadi pusat perlombongan yang terkenal pada akhit tahun 1820-an ketika di bawah pentadbiran Sultan Muhammad yang memerintah Selangor dari tahun 1826 hingga 1858. Baginda melantik kerabatnya, Raja Busu untuk mentadbir Lukut. Lukut dipercayai berasal dari perkataan melukut yang bermaksud butir-butir kecil. Bagi orang-orang laut, butir-butir kecil ini ialah bijih timah yang terdapat di kawasan tersebut yang menjadi punca rezeki mereka. Pekerja yang memungut bijih memanggil tempat tersebut sebagai melukut dan lama kelamaan ianya berubah menjadi lukut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment