Thursday, March 19, 2009

Asal usul nama Machang

Machang pula terletak 43.5 kilometer ke selatan Kota Bharu. Sejarahnya bermula sebelum banjir besar pada tahun 1926, di mana negeri Kelantan pernah dilanda suatu ribut yang dahsyat. Ribut itu telah merosakkan hampir semua perkampungan di negeri Kelantan. Malapetaka tersebut telah memusnahkan semua tanaman penduduk kampung dan penduduk negeri Kelantan hidup dalam kesusahan. Lantaran daripada itu kebanyakkan anak-anak muda terpaksa berhijrah ketempat lain bagi mencari tempat baru yang lebih selamat untuk memulakan kehidupan baru.
Antara anak muda yang keluar merantau itu adalah Senik Awang Kechik. Beliau merantau dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bertemu satu tempat yang subur untuk bercucuk tanam. Kian hari kian bertambah rezeki Senik dan berita kemewahannya telah tersebar ke kampung yang berdekatan. Tempat Senik telah menjadi sebuah kampung dan ia dinamakan sempena nama buah machang atau Mangifera Foetida yang tumbuh di kampung tersebut.


RUJUKAN

(a) Mohamed Roselan Abdul Malek, (1998). Kesan sejarah dan tempat-tempat menarik: Negeri Kelantan Darul Naim. Selangor : Oscar Book International.
(b) Mohamed Roselan Abdul Malek, (1993). Negeri Kelantan Darul Naim. Selangor: Penerbit Prisma Sdn. Bhd.
(c) Asmad, (1987). Kelantan. Melaka : Associated Educational Distributors (M) Sdn. Bhd.
(d) Mustafa Ali Mohamed, (1987). Kelantan Darul Naim. Selangor : Pelanduk Publications.


No comments: