Thursday, March 19, 2009

Asal usul nama Tumpat

Ia berlokasi 22.5 kilometer dari Kota Bharu. Tumpat bermaksud tammat atau penyudah sesuatu tetapi bagi perkataan Melayu, tumpat juga bermakna suatu ruang kosong yang penuh terisi. Mengikut cerita orang-orang lama, Tumpat telah terbina sejak 190 tahun yang lalu. Barang keperluan terpaksa dibawa dari Kota Bharu tanpa jalan perhubungan yang sempurna dan apa-apa jua keperluan yang ingin dibawa keluar terpaksa menggunakan sampan. Pelabuhan ini semakin sibuk apabila pada awal kurun pemerintahan British membawa beberapa pembaharuan yang membolehkan pengangkutan lebih besar keluar masuk.
Sebelum ini hanya pengangkutan antara 300 dan 400 tan yang mampu berlabuh tetapi setelah itu lebih banyak pengangkutan dapat singgah sebelum meneruskan perjalanan ke pelabuhan Singapura. Ketua pelabuhan yang pertama ialah William Kerr yang datang dari Bangkok dan beliau telah menjalin hubungan rasmi dengan Sultan Mahmood IV pada tahun 1962. Potret beliau telah digantung pada dinding Kelab Tumpat. Tumpat mempunyai 5 buah pulau kecil iaitu Tanjong Dato, Tanjong Pak Jah, Tanjong Che Mas, Tanjung Che Tahir dan Tanjung Rulah yang terletak di selatan Sungai Kelantan. Setiap satunya terletak berdekatan antara satu sama lain.

RUJUKAN

(a) Mohamed Roselan Abdul Malek, (1998). Kesan sejarah dan tempat-tempat menarik: Negeri Kelantan Darul Naim. Selangor : Oscar Book International.
(b) Mohamed Roselan Abdul Malek, (1993). Negeri Kelantan Darul Naim. Selangor: Penerbit Prisma Sdn. Bhd.
(c) Asmad, (1987). Kelantan. Melaka : Associated Educational Distributors (M) Sdn. Bhd.
(d) Mustafa Ali Mohamed, (1987). Kelantan Darul Naim. Selangor : Pelanduk Publications.


No comments: