Sunday, March 15, 2009

SEGARKAN SEKS ANDA

HUBUNGAN SEKS SUAMI ISTERI TAK SELAMANYA MENGGHAIRAHKAN. ADA MASANYA AKTIVITI TERSEBUT DIRASAKAN AMAT MEMBOSANKAN SEHINGGA TERASA MALAS UNTUK MELAKUKANNYA. NAMUN RASA BOSAN INI TIDAK BOLEH DIBIARKAN BERLARUTAN KERANA IA BOLEH MEROSAKKAN PERHUBUNGAN SUAMI ISTERI.

Tanpa disedari sebenarnya ada yang terasa hati atau makan hati dengan keadaan tersebut. Jadi sebelum terlewat sebaiknya ubatilah rasa bosan terhadap rutin seks dengan beberapa melakukan perkara-perkara yang mungkin tidak pernah anda lakukan sebelum ini.

Mandi bersama

Bagi menghindari kebosanan anda harus memberikan suasana baru bagi kehidupan seksual anda. Banyak aktiviti erotik yang mampu menjadi pilihan. Antara yang seharusnya anda cuba adalah aktiviti mandi bersama. Ia boleh menjadi pilihan anda sesekali sebelum memulai hubungan seks. Selain berguna bagi keintiman anda suami isteri, kegiatan ini juga memiliki aspek positif lain, seperti saling membersihkan tubuh pasangan. Ghairah seks anda dan pasangan juga tentunya akan terpancing ketika kegiatan ini.

Ubah Suasana Bilik
Suasana yang statik atau tidak berubah kerap membuatkan mood bercinta menurun. Biasanya, sebahagian besar aktiviti seksual dilakukan pasangan di dalam kamar. Jadi rasa bosan terhadap suasananya boleh saja terjadi. Jika perasaan inilah yang anda dirasai ketika ini maka ada jalan terbaik untuk mengatasinya. Anda tidak perlu keluar rumah dan membayar bil bilik hotel yang mahal untuk aktiviti seksual anda dengan pasangan.

Pelajari Teknik Terbaru

Meskipun sudah lama mendirikan rumah tangga setiap pasangan harus mempelajari teknik, variasi dan gaya bercinta terbaru. Ia penting untuk memberikan ghairah-ghairah baru dalam kehidupan seksual anda. Pakar seksologi tentunya sependapat dengan hal ini. Mereka menganggap hubungan yang sama saja tanpa perubahan akan membuat kehidupan seks cepat mengalami kebosanan.

No comments: