Kuala Besut merupakan sebuah bandar perikanan yang penting di Terengganu. Menurut sebuah legenda, Kuala Besut telah dibuka oleh seorang ketua suku orang asli Pagan dan ia juga merupakan sebahagian daripada kawasan Besut. Berdasarkan catatan sejarah, kawasan Kuala Besut dan persekitarannya diperintah oleh seorang ketua berketurunan keluarga Diraja Kelantan, bernama Tengku Chik. Campur tangan pihak Inggeris mula berlaku di Kuala Besut semasa zaman pemerintahan Tungku Long, iaitu anakanda Tengku Chik.
Ada juga sumber yang mengatakan bahawa nama Kuala Besut sebenarnya tiada kaitan dengan suku Pagan, sebaliknya perkataan Besut berasal dari perkataan ‘nyusut’ atau ‘sut’, yang bermaksud penghujung atau penutup dalam dialek Kelantan.
No comments:
Post a Comment