Menurut sejarah tempatan, nama Setiu diambil sempena nama seorang pendekar yang telah banyak berjasa kepada negeri. Menurut sumber tempatan, Setiu bukanlah orang Melayu tetapi seorang pendekar berketurunan Diraja Bugis dari Sulawesi. Sewaktu peperangan di antara Belanda dengan Bugis di Sulawesi, ramai penduduk Bugis melarikan diri dan meninggalkan negara asal mereka, lalu menetap di Malaya.
Sebaik sahaja tiba di Terengganu, Tok Setiu telah memohon kebenaran dari Sultan, iaitu Sultan Ahmad Shah II (1875-1881) untuk menetap di situ. Sultan bersetuju, lalu memerintahkan Tok Setiu untuk membuka sebuah kawasan baru sebagai tempat kediaman beliau dan pengikutnya. Tok Setiu adalah seorang guru silat yang terkenal dan mempunyai ramai anak murid. Beliau juga telah memperkenalkan penggunaan terusan air yang memudahkan kerja-kerja pengairan kawasan sawah padi. Segala jasa Tok Setiu amat dihargai oleh penduduk kampung ini, lalu mereka menamakan kawasan tersebut Setiu.
No comments:
Post a Comment