Pada zaman dahulu, di tepi Sungai Luit yang laluannya tidak berapa jauh dari Bandar Maran ada beberapa buah kampung yang telah wujud semenjak tahun 1250 seperti Kampung Merageh, Kampung Belada, Kampung Subuh, Kampung Kuala Luit, Kampung Garok dan Kampung Merbau. Mereka dari kampung tersebut selalu berulang-alik ke satu kawasan paya Baran berhampiran sebatang anak Sungai Luit untuk menangkap ikan. Erti Baran dalam bahasa Melayu ialah hutan di kawasan yang ada banyak ikan terutama ikan keli, haruan dan ikan puyu. Kawasan Baran menjadi tumpuan dan akhirnya penduduk kampung lebih suka bermalam di sana dan ada juga berpindah ke tempat tersebut. Dalam bahasa Melayu kampung, orang yang berkeadaan demikian dianggap Mengaran. Akhirnya, mereka yang tinggal dan menetap di kawasan Baran Paya Chedong itu telah membuat kata sepakat menamakan tempat mereka itu Maran. Perkataan Mengaran dan Baran ini telah dicantumkan menjadi Maran dan kekal digunakan sehingga kini. Rujukan 1.http://pdtmaran.pahang.gov.my/latarbelakang.htm | |||
Assalamualaikum dan selamat datang saya ucapkan kepada anda yang sudi melayari blog saya. Banyak artikel yang ada di sini di copy-paste, tetapi saya bukan bertujuan untuk mencuri idea sesiapa. Cuma saya ingin berkongsi maklumat ini dengan mana-mana pembaca yang belum lagi membaca artikel tersebut. Apapun terima kasih kepada mereka yang telah menyumbang artikel dan memberikan idea kepada saya untuk dimuatkan ke dalam blog saya ini. Selamat membaca.
Thursday, March 19, 2009
Asal usul nama Maran
Maran adalah sebuah daerah dalam Negeri Pahang iaitu terletak di tengah-tengah perjalanan di antara Kuantan ke Jerantut dan ke Temerloh. Dikatakan asal-usul nama Maran adalah berasal dari cantuman perkataan ‘baran’ dan ‘mengaran’.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment