Thursday, March 19, 2009

Asal usul nama Pasir Puteh

Bandar Pasir Puteh terletak di tebing Sungai Semerak, kira-kira 30 kilometer ke selatan Kota Bharu. Sebelum dikenali sebagai Pasir Puteh, tempat ini terkenal sebagai Pangkalan Limbungan. Bandar Pasir Puteh mendapat namanya setelah Sultan Muhammad IV melawat tempat berkenaan di mana baginda begitu kagum dengan keputihan dan kilauan pasir sepanjang pantainya. Pada tahun 1911, Sultan telah bersetuju menamakan tempat berkenaan Pasir Puteh yang bererti pasir pantai yang putih. Tempat ini juga merupakan tempat dimana, pahlawan Kelantan iaitu Tok Janggut membina pasukan kepahlawanan Melayu bagi menentang kewujudan cukai di Kelantan. Pada tahun sebelum 1911, Jeram dekat Pasir Puteh diperintah oleh seorang pembesar yang bergelar Seri Maharaja Tu

RUJUKAN

(a) Mohamed Roselan Abdul Malek, (1998). Kesan sejarah dan tempat-tempat menarik: Negeri Kelantan Darul Naim. Selangor : Oscar Book International.
(b) Mohamed Roselan Abdul Malek, (1993). Negeri Kelantan Darul Naim. Selangor: Penerbit Prisma Sdn. Bhd.
(c) Asmad, (1987). Kelantan. Melaka : Associated Educational Distributors (M) Sdn. Bhd.
(d) Mustafa Ali Mohamed, (1987). Kelantan Darul Naim. Selangor : Pelanduk Publications.

1 comment:

afiey said...

salam tuan,
saya ingin bertanya..
di manakah tuan memperoleh rujukan?
maksud saya, di manakah tusn mendapat buku-buku tersebut?